Blog aishaDIYanything.........
Macam-macam ada.....
Coretan untuk knowledge sharing....
Konsep Do-It-Yourself n Handmade...
Perkongsian Pengalaman Hidup.......
dan apa-apa jer la.......

Sila Klik Iklan Yang Anda Minat

Don't forget to be my follower...... i will follow u back.....

If u become my follower..... i follow u back.....

Friday, July 16, 2010

Yang Selalu Kita Lihat


(1 Hati + 1 Hati) = 2 Hati = 1 Jiwa
Kasih + Sayang = Kasih Sayang
Kasih + Kasih = Mengasihani
Sayang + Sayang = Menyayangi


1 Jiwa + Kasih Sayang + Mengasihani + Menyayangi = CINTA


Kalau dilihat di merata tempat banyak cinta yang kita lihat
cuma kita saja yang tak berapa nampak
Kerana yang dilihat adalah tersurat
Yang tidak dapat dilihat itu tersirat


Yang Selalu Kita Lihat


Pasangan bercinta yang bergaduh sehingga ada adegan naik tangan
yang di lihat tamparan yang dilakukan
tapi apa yang tersirat
Kasih sayang yang dikhianati
1 jiwa yang telah terbahagi
Tiada lagi sifat mengasihi
Maka terputuslah hubungan di antara dua hati
yang tidak direlai


Yang Selalu Kita Lihat


Suami Isteri yang bertengkar hingga lewat malam kerana masalah rumahtangga
Yang di lihat atau di dengar perdebatan seperti di mahkamah
Masing-masing mempertahankan hak
Tapi apa yang tersirat
Luahan hati antara pasangan yang dah lama terbeku
di luahkan dengan penuh perasaan di malam hari
di sertai kasih, sayang dan cinta
walaupun disulami linangan air mata si isteri


Yang Selalu Kita Lihat:


Seorang anak di rotan oleh si ayah
Yang di lihat kesakitan si anak yang menangis
dan juga kemarahan si ayah
Tapi apa yang tersirat
Itulah kasih sayang si ayah kepada si anak
Kemarahan si ayah adalah kasih sayang
Kesakitan si anak adalah pendidikan kepadanya


Maka, ambillah pengajaran daripada apa yang tersirat dan yang tersurat melalui cinta.
Pengalaman merupakan pendidikan yang amat berharga
dan juga sebagai panduan untuk meruskan kehidupan.


2 comments:

syafiqa said...

hem..betul tu.yg tersirat xpnh nak di lihat.
nice entry babe

AishaDIYanything said...

erm.... lebih banyak tersurat yang kite nampak kan..... Jom cari apa yang tersirat dalam kehidupan kita.....

Related Posts with Thumbnails