Lumrah hidup di dunia ini
adakalanya senang melingkari diri
ada kalanya susah meliliti diri
Di kala senang
Hati pun tenang
Tiada masalah yang tegang
Makan pun kenyang
Langkah kaki selaju air yang tenang
Rupanya inilah Anugerah di waktu senang
Supaya mensyukuri nikmat yang diberi
Di kala susah
Hati sentiasa resah
Masalah pula melimpah ruah
tersekat-sekat langkah
Rupanya inilah Anugerah di waktu susah
Agar mendekatkan diri pada Allah
Kepada yang senang, syukurilah hidup ini,
Kepada yang susah, jangan sesali hidup di dunia ini,
Kepada yang senang, itulah dugaan kepada diri,
Kepada yang susah, itulah peluang untuk perbaiki diri,
kepada yang senang, jangan engkau membongkak diri,
Kepada yang susah, jangan engkau merendah diri,
Bersyukur lah wahai manusia
Kerana hidup tak sentiasa indah
dan
Hidup tak sentiasa susah
4 comments:
btol 2 akak...di kala susah bru nk igt tuhan...
hehe....y penting... tanam dlm diri... susah atau senang adalah dugaan Allah S.W.T kepada manusia...
hee...betul2..ketawa dpt lupakan segala sengsara..ceh..apa pun kene tabah kalu di beri ujian.kawan2 kan ada....
Dengan kawan boleh berkongsi segalanya... tetapi kalau dengan kekasih hati atau family belum tentu kita sedia nak berkongsi.... HEBATNYA KEPADA Y BERGELAR KAWAN...
Post a Comment