Blog aishaDIYanything.........
Macam-macam ada.....
Coretan untuk knowledge sharing....
Konsep Do-It-Yourself n Handmade...
Perkongsian Pengalaman Hidup.......
dan apa-apa jer la.......

Sila Klik Iklan Yang Anda Minat

Don't forget to be my follower...... i will follow u back.....

If u become my follower..... i follow u back.....

Thursday, September 30, 2010

Assallammualaikum Untuk Semua


dah lama aisha tak buat entri...
Hampir 3 bulan...
Atas sebab2 yang tak dapat dielakkan..
Tapi kawan2 tetap datang ziarah...
terima kasih untuk semua...
Nuffnang pun tetap menyokong....

Masalah hidup memaksa kita untuk membuat pilihan
Pilihan terbaik untuk diri dan keluarga
Masa untuk blog terpaksa di kurangkan..
Sedih betul tak dapat beblog selalu macam dulu....
Pada mulanya memang macam tak boleh terima...
Tapi lama kelamaan
dapat terima kenyataan....
Macam putus cinta je...... hehehe
Ye la dulu setiap hari dengan blog...
Sekarang sebulan sekali pun jarang....
Sedih betul......

Untuk semua...
Hadapi hari-hari dengan indah sekali...
Terima kasih pada yang sudi berkunjung dan masih berkunjung....
Kunjungan anda amat aisha hargai....

Untuk anda semua..
TERIMA KASIH....
KERANA SUDI MELAWAT BLOG SAYA

Tuesday, July 27, 2010

Bacalah Yasin Setiap Hari


Assallammualaikum...

Apa yang ingin dikongsi

Mengenai Fhadilat Surah Yasin....

Selalu kedengaran surah suci ini dikala berlaku kematian atau

didengari sayup2 di kala malam jumaat...

Surah Yasin adalah Jantung Al Quran

Jika di baca Allah S.W.T mencatat sebagai bacaan Al Quran 10 kali

Di Dalam hadis di sebutkan:

"Surah Yasin itu di baca untuk maksud apa saja."

Di kala sedih, bacalah Yasin
Dikala gembira, bacalah Yasin

Di kala di timpa musibah, bacalah Yasin
Di kala diberi nikmat, bacalah Yasin

Dikala senang, bacalah Yasin
Dikala susah bacalah Yasin

Dikala hati resah, bacalah Yasin
Di kala hati tidak tenang, bacalah Yasin

Di kala anda takut, bacalah Yasin
Di kala anda Berani, bacalah Yasin

Di kala anda lapar, bacalah Yasin
Di kala anda Kenyang bacalah Yasin

Di kala masih bujang, bacalah Yasin
Di kala sudah berkahwin, bacalah Yasin

Di kala sedang bermusafir , bacalah Yasin
Di kala tersesat, bacalah yasin

Walau apa jua keadaan
BACALAH YASIN

Saturday, July 24, 2010

BerBlog Memang Best......

assallammualaikum.....
Aisha nak kongsi pasal dunia blogging nie la...
Aisha baru ajer joint bulan june lepas...
Apa yang aisha rasa hari nie....
Aisha jadi giler untuk berblogging la...
Kalau tak dapat sehari cek blog terasa rindu plak...
hehehehe


Memang boleh di kata aisha nie dah jatuh cinta ar kat blog
Korang sayang tak blog korang...
Hari2 nak tengok apa yang berlaku kat blog kan...
Cek komen2 dari sahabat2....
Pastu asyik cek akaun nuffnang...
Wah.. Semakin bertambah...
Seronok sangat..
Macam nuff tu ibarat penaik semangat lagi la...
Sampai aisha mimpi la sal blog nie....
huhuhu... Giler tul la bile berblog nie...


Blog memang la on... tapi keje kena on jugak...
hehehehe
Sekarang nie aisha kena bahagikan masa di antara keje n blogging
Dah rasa bloging nie keje wajib gak....
hehehehe...
Dah separate masa untuk berblogging hanya 3 jam sehari..
Kalau tidak keje banyak tak siap
Sebab die
Giler blogging
baca entri kawan2 kat blog....
Entri plak best2...


tengok kucing pun giler blog..
tambahkan manusia...
hehehehe

Follower plak semakin hari semakin bertambah.....
Belum cukup sebulan lagi dah hampir dekat 100 gak follower..
Terima Kasih untuk anda yang follow aisha nie....
Dunia Blog Dunia perkongsian segala ilmu.....
Dapat meningkat ilmu pengetahuan...
Rasanya semua ilmu ada kat sini..
Agama ada
isu semasa ada
sal budaya ada
sal kesihatan ada
sal pendidikan ada
yang penting
Berblog nie...

MACAM MACAM ADA....

Thursday, July 22, 2010

Berilah Assallammualaikum Selengkapnya



Aisha ingin berkongsi dengan semua mengenai perkataan
ASSALLAMMUALAIKUM

Aisha kadang dalam meseg memang guna perkataan pendek2 aje.
termasuk la perkataan Assallammualaikum..
Aisha mendapat teguran daripada Hamba Allah nie...
Berkata die kepada Aisha..

" Kalau nak beri salam walau dalam apa jua keadaan mestilah beri salam penuh"
"Walau dalam meseg sekalipun"
"walaupun panjang tetap kena taip"
"Kalau tak nak taip tak perlu tulis langsung"

So hari nie... tergerak hati aisha untuk mencari kebenaran
kenapa Hamba Allah itu berkata begitu...
Dan aisha pun mencari di internet...
Dan inilah yang aisha jumpa...

Di antara sunnah Rasullullah S.A.W dalam bab memberi salam. Baginda memberi salam dengan lafaz

ASSALLAMMUALAIKUM

dan baginda menjawab salam daripada para sahabat dengan salam yang penuh iaitu:

WAALAIKUMMUSSALLAM WARAHMATULALLAHHI WABARAKATUH

nie adalah antara perkataan yang selaku kita gunakan untuk menghantar meseg atau emeil atau sebagainya kepada kawan2

A'kum
apakah maksud A'kum nie..

A'kum ialah
gelaran yang diberikan oleh orang yahudi kepada orang bukan yahudi
yang bermaksud binatang dalam bahasa Ibrani

di bawah nie plak adalah maksud dari singkatan A'kum

A'kum bermaksud "Avde Kokhavim u Mazzalot" yang bermaksud

"Hamba2 binatang dan orang sesat"

So... jom lah ramai2 sebarkan agar tidak menggunakan perkataan A'kum tapi gunalah dengan selengkapnya iaitu

ASSALLAMMUALAIKUM

Wednesday, July 21, 2010

Taraf Hidup Aku Semakin Menurun

salam untuk semua......
Apa yang nak di kongsi hari nie....
Tajuk die
Taraf Hidup Aku Semakin Menurun
hahahaha....
Kenapa semakin menurun...
Apa sebabnya...
Adalah di sebabkan dua gambar nie...
Jom Tengok..



bukan di sebabkan gambar nie...hehehehe
Tapi di sebabkan pelarasan harga bagi gula dan minyak petrol Ron 95..
Walaupun Kenaikan hanya sedikit
tapi menjejaskan taraf hidup aku...

Aku pengguna tetap minyak petrol Ron 95...
Disebabkan kenaikannya bermakna...
pengurangan untuk kehendak terpaksa dikurangkan..
tak dapat lagi nak shopping..
nak p makan sedap2...
Gula aku tak kisah naik harga...
Tapi petrol naik aku kisah
sebab apa aku kisah
sebab
aku suka melancong n jalan2
Kalau aku tak isi minyak makna tak boleh jalan mana2..

Mulai sekarang...
Kena kurangkan jalan2
Banyak dok di umah saje...
P keja....
Balik keja..
Dok umah...
Simpan duit...

Tu lah kerja yang paling afdal untuk zaman sekarang nie...
Persedian untuk petrol naik harga lagi...
dan barang2 seangkatan dengannya..
huhuhuhu...

Namun... aku masih bersyukur
sebab
tinggal di MALAYSIA dan bukan di JEPUN
hehehehehehehe..


Sunday, July 18, 2010

Kejamnya Engkau Wahai Si Kucing...eeeeeeeeee geramnya..


Geram tul la aisha dekat anak kucing nie...
Al kisahnya macam nie...
Si ibu kucing nie melahirkan anak die kat tempat lain
Pastu bila dah besar sikit dia bawa ke nursery bunga nie..
Tempat aisha selalu lepak2

Aisha ni peminat kucing
teringin nak belai2 anak kucing
yang comel2 nie...
Tapi anak2 kucing nie takut sungguh dengan manusia...
Pelik bin hairan la aisha nie...
ditambah ngan perasaan geram tak dapat belai diorang...
Geramnye aku.....eeeeeeeeeeeeeeeeeeee.........

Bila dah takut si anak2 kucing tiga ekor nie menyorok ajer la...
Menyorok bawah2 pokok yang ada kat nursery nie...
Main bunga sampai bunga mati.....
Geram lagi hati aisha...

Aisha cuma dapat tengok anak2 kucing nie dari jauh jer...
sedih tul la...
aisha bagi makan, tapi diorang sikit pun tak nak berkawan ngan aisha...
Apa yang aisha dapat hanyalah cakaran bila terlalu geram...
Tangkap juga tapi kukunya yang tajam tue buatkan aisha lepaskan semula

Ni gambar anak2 kucing yang aisha tangkap dari jauh......
Nasib tak lari....
Comel sangat mestilah geram...
Tak dapat belai lagi la geram....
Kena cakar lagi bertambah geram....
Macam maner nak hilangkan perasaan geram....
Perlu ke di buang terus ke pasar pagi...
hehehehehe....


Tengok dok dalam pasu... Pastu wat dek plak ngan aisha
GEEERAMNYEEEEE.......................


macam mane korang geram tak tengok gambar2 nie......
Diorang dok dalam pasu....
Pasu pokok bongsai plak tue...
Main dalam pasu....
Menyorok plak celah2 pasu...
Tido dalam pasu...
Nasib baik tak Uh..Uh.. dalam pasu..
hehehehe


tengok gambar nie...
mata kucing nie bulat sungguh..
sebab siap sedia nak lari.....
tapi aisha cuma nak tangkap gambar ajer....
apa punya kucing...
Bukan aisha nak bunuh kau wahai kucing comel....


Tolong la wahai anak-anak kucing sekalian.....
Dekatilah diri ku.....
Jika tidak akan di hantar ke pasar pagi berdekatan....
hehe.. ugutan untuk si anak2 kucing.....
hehehehe......

Tolong la aisha.....
Sape2 ada idea tak cam ner nak mendekati si anak2 kucing nie.....
dah nak jadi harimau dah kucing2 nie.....

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang Rupanya Hujan Di Pagi Hari

Sekarang nie... kawasan Taiping di landa hujan...
Sejuk sekarang nie...
Lama tak hujan waktu pagi macam nie...
Bila hujan macam nie teringat waktu kecil dulu..
Bila hujan duduk kat tepi tingkap...
Tengok hujan dan pemandangan di waktu bumi di basahi Hujan...

Bila hujan pagi ni terasa rindu plak nak kembali ke zaman kanak2
Ada satu perasaan yang tak boleh diungkapkan bila anugerah Allah memberi hujan di waktu pagi...
Setiap ahli keluarga akan berada di rumah...
Masa nie la untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan
Bersembang dan gelak ketawa bersama...
Makan bersama dan Menonton Bersama
Bila di ingat kembali indah sangat..

Bila di fikirkan dengan akal yang diberi Allah S.W.T nie
itulah yang tersirat bila hujan di pagi hari...
merapatkan lagi hubungan kekeluargaan
Itulah masa untuk kita meluangkan masa bersama keluarga....
Itulah Rahmat Allah S.W.T dengan pemberian hujan di pagi hari cuti...

Saturday, July 17, 2010

Jangan Sedih Ketawalah Selalu


Hidup di dunia nie tak lari dari masalah
Masalah akan datang dan pergi setiap hari
tapi apa yang membezakan adalah
cara untuk mengatasi adalah bergantung kepada pemikiran seseorang

Kita dapat kenalpasti orang yang bermasalah dengan orang yang tak bermasalah
Dapat kenalpasti daripada riak muka

Jangan bersedih bila ditimpa masalah
Ketawalah selalu...

KETAWA PENAWAR DUKA

Bukan apa, bila ada masalah kita mesti bersikap murung dan rasa macam sedih jer...
Jangan serabutkan fikiran.
Hadapi masalah dengan cara yang positif
Fikir cara penyelesaian yang sebaik mungkin

Kepada anda yang di luar sana,
sekiranya terdapat di kalangan kawan anda mempunyai
masalah bantu lah ia semampu boleh
Ceriakan kawan anda
Sekiranya kawan anda bersedia berkongsi permasalahannya
berilah pendapat yang bernas
Jangan pula mempersendakan kawan yang sedia ada bermasalah

Bila orang bermasalah ketawa
Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban yang ditanggung
walaupun pengurangan itu hanyalah sementara
tapi cukup bermakna bagi yang mempunyai masalah

Dan lebih bermakna lagi apabila
masalahnya dapat diselesaikan
Dan orang pertama yang di cari adalah anda
Ucapan terima kasih di ucapkan kepada anda
Itu sebagai tanda penghargaannya kepada anda

Itulah nilai dan harga seorang kawan
Anda Menghargai Kawan, Kawan Menghargai Anda

Hidup Tak Selalu Senang dan Tak Selalu Susah

Lumrah hidup di dunia ini
adakalanya senang melingkari diri
ada kalanya susah meliliti diri

Di kala senang
Hati pun tenang
Tiada masalah yang tegang
Makan pun kenyang
Langkah kaki selaju air yang tenang
Rupanya inilah Anugerah di waktu senang
Supaya mensyukuri nikmat yang diberi

Di kala susah
Hati sentiasa resah
Masalah pula melimpah ruah
tersekat-sekat langkah
Rupanya inilah Anugerah di waktu susah
Agar mendekatkan diri pada Allah

Kepada yang senang, syukurilah hidup ini,
Kepada yang susah, jangan sesali hidup di dunia ini,

Kepada yang senang, itulah dugaan kepada diri,
Kepada yang susah, itulah peluang untuk perbaiki diri,

kepada yang senang, jangan engkau membongkak diri,
Kepada yang susah, jangan engkau merendah diri,

Bersyukur lah wahai manusia
Kerana hidup tak sentiasa indah
dan
Hidup tak sentiasa susah

Lambang Cinta Si Bunga Rose Pada Si Dara Pujaan

Cinta si Dara dan Teruna.....

Meja makan di hotel yang di hiasi indah untuk si dara yang bakal menjelma. Penantian menunggu satu penyiksaan.
Tiba si dara dengan kuntum senyuman yang sangat menawan

"Sayang, kuntuman Rose sebagai lambang cinta kita" Luahan si teruna kepada si dara

Tanpa sebarang kata dari si dara kuntuman bunga Rose bertukar tangan.. Si dara meletakkan bunga di sisi meja makan...

Indahnya cinta yang di cipta Allah S.W.T

Mengapa bunga Rose Lambang Cinta
Kenapa tidak bunga kertas...
kenapa tidak bunga Rafflesia...

Rose cantik pada pandangan mata
Inilah lambang cinta Rose si teruna
Cantik itu di puja

Rose itu merah
"Lambang cinta yang membara kepada si dara"

Rose Harum baunya
"Seharum nilai cinta si teruna kepada si dara"

TETAPI

Rose akan menyakiti dengan durinya
"adakah si teruna akan menyakiti hati si dara"

Rose layu kelopak demi kelopak
"adakah cinta si teruna juga berkurang sedikit demi sedikit pada si dara"

Rose akan hilang baunya
"adakah tiada nilai lagi si dara kepada si teruna"

Rose layu dibuang saja
"adakah cinta si dara akan dikhianati"

Itukah lambang Cinta Si Bunga Rose Pada Dara Pujaan

Tidak...Tidak...Tidakkkk

Baik bunga Rafflesia tahan bertahun lamanya...
Sanggup ke si teruna meredah hutan mencari Rafflesia

Sekadar renungan kepada anda semua....
Tidak semua cinta yang berjaya dipertahankan
dan
Tidak semua cinta itu gagal di tengah jalan

Aisha Dapat Award Pertama.....

Assallammualaikum kepada semua blogger....
Semalam aisha dapat award.. best....
Sebab nie award pertama aisha dapat semenjak joint dunia blogger hujung June yang lalu
Aisha dapat award dari BibieCici
Makasih ya BibieCici
Nie la awardnya


......Jeng Jeng Jeng....

Dah diberi penghargaan so kena terima la kan.....
Aisha rasa blog aisha nie gologan biase2 aje....
Sebab baru lg dalam dunia blogging nie...

Ok aisha akan meneruskan wasiat dari BibieCici
Aisha akan serahkan award nie pada 10 blogger lain

Calon2 untuk Greates Award Blog adalah:

Sue
Ridhuan 82
E-Qurlz
Eyka Syafieka
Eira
Mario
Gayah Spears
Bloggermen
Purpleroses
Alif

Tahniah kepada blogger yang terpilih...Yea...
Untuk yang mendapat award nie..
Pastikan anda beri award nie kepada 10 Blogger lain erk...
Pemilihan untuk memberi award kepada blogger terpulang kepada anda la..
Rasa mcm blog die best bagi la penghargaan...
Ni wasiat kena tunaikan... hehehehe

Friday, July 16, 2010

Yang Selalu Kita Lihat


(1 Hati + 1 Hati) = 2 Hati = 1 Jiwa
Kasih + Sayang = Kasih Sayang
Kasih + Kasih = Mengasihani
Sayang + Sayang = Menyayangi


1 Jiwa + Kasih Sayang + Mengasihani + Menyayangi = CINTA


Kalau dilihat di merata tempat banyak cinta yang kita lihat
cuma kita saja yang tak berapa nampak
Kerana yang dilihat adalah tersurat
Yang tidak dapat dilihat itu tersirat


Yang Selalu Kita Lihat


Pasangan bercinta yang bergaduh sehingga ada adegan naik tangan
yang di lihat tamparan yang dilakukan
tapi apa yang tersirat
Kasih sayang yang dikhianati
1 jiwa yang telah terbahagi
Tiada lagi sifat mengasihi
Maka terputuslah hubungan di antara dua hati
yang tidak direlai


Yang Selalu Kita Lihat


Suami Isteri yang bertengkar hingga lewat malam kerana masalah rumahtangga
Yang di lihat atau di dengar perdebatan seperti di mahkamah
Masing-masing mempertahankan hak
Tapi apa yang tersirat
Luahan hati antara pasangan yang dah lama terbeku
di luahkan dengan penuh perasaan di malam hari
di sertai kasih, sayang dan cinta
walaupun disulami linangan air mata si isteri


Yang Selalu Kita Lihat:


Seorang anak di rotan oleh si ayah
Yang di lihat kesakitan si anak yang menangis
dan juga kemarahan si ayah
Tapi apa yang tersirat
Itulah kasih sayang si ayah kepada si anak
Kemarahan si ayah adalah kasih sayang
Kesakitan si anak adalah pendidikan kepadanya


Maka, ambillah pengajaran daripada apa yang tersirat dan yang tersurat melalui cinta.
Pengalaman merupakan pendidikan yang amat berharga
dan juga sebagai panduan untuk meruskan kehidupan.


Thursday, July 15, 2010

Pemandangan Indah Dari Cahaya Lensa Photog : Azizul HishaM

Hari nie aisha bertemu dengan seorang kawan yang ada minat hampir sama jugak la ngan aisha. Cuma kawan aisha nie lelaki tapi aisha perempuan..... hehehehe
Pakar dari Cahaya Lensa Photog : Azizul HishaM

Minat yang sama dalam Pemandangan Indah Alam Ciptaan Tuhan..... tapi die lg hebat, dan lagi pakar dari aisha dalam snap gambar nie.... walaupun camera sama, guna Brand NIKON tapi yang si Azizul HishaM ni lgi cantik bila die snap gambar.....

Kat mana aisha jumpa die adalah rahsia....hehehe
cuma aisha dan Azizul HishaM saje yang tau...
lelaki yang baik hati nie dah bagi aisha kebenaran untuk muatkan gambar die dalam blog aisha.....

MAKASIH YA PAK Azizul HishaM : Cahaya Lensa Photog
Bukan Pak tapi Abang Azizul... hehehe
























macam mane....
ada yang tergoda ke.....
cantik tak gambar pemandangan nie....
hebat tul la die ni kan.....
Untuk hari nie.... nie aje gambarnya...
akan datang banyak lagi la gambar cantik2 dari

Cahaya Lensa Photog : Azizul HishaM

Perkhidmatan jurugambar yang disediakan:

majlis perkahwinan
pertunangan
naik buai
family day
gambar persendirian
gambar keluarga

Apa Yang Tak Kena Ngan Duit Nie?

aishaDIYanything ada sesuatu nak dikongsi dengan semua
Entri yang menguji fungsi otak kanan yang jarang digunakan...
Untuk menguji ketajaman mata anda.....
Cuba perhatikan ketiga-tiga gambar dibawah....
Ada yang tak kena kan ?
Apa erk ?



GAMBAR 1

apa yang tak kena dengan duit ni?
nampak cam pelik jer....



GAMBAR 2

Yang nie pun nampak pelik gak kan....
Tapi apa plak yang pelik kat duit nie?



GAMBAR 3
Yang nie ada pelik jugak ker....

Semua nie duit Rm10.00 yang sah la....
Tak ada palsu pun....
Tapi try la cari ape yang pelik kat tiga-tiga duit nie....
asah bakat menggunakan otak kanan....
Jom cari apa yang Pelik....






Related Posts with Thumbnails